Memasak boleh. Tapi....

Hai Assalamualaikum..



Dah ready nak tahu satu cerita? *angkat  angkat kening*





Menjadi kebiasaan untuk budak lepasan spm nak belajar itu ini. Bagi aku, satu perkara yang aku nak belajar ialah MEMASAK. Eh, setakat masak makanan simple aku tau. I mean yang susah macam...
haa macam masak ikan siakap tiga rasa ke..Eh itu susah ke? i donno lah.


Disebalik kehandalan kepayahan aku memasak ni, akhirnya membuahkan hasil. Ibu puji sedap. Ayah pun. Rasa kembang kempis hidung ni. Tapi tak tahu lah pujian sekadar menjaga hati ke apa. Tapi kalau setakat nak jaga hati takkan lah ibu ayah makan bertambah. *terbukti sedap pft


And tadi, for the first time aku nak masak ikan. Aku repeat. IKAN. Sebelum ni aku masak ayam daging ayam daging. Ikan tak penah nak sentuh. Setakat Cik IKAN BILIS tu apa lah sangat. Kurus keding je.
Tadi memang rumah kosong. Ibu ayah kerja, adik sekolah, along kat rumah dia and angah pun ikut sama. Senang cerita HOME ALONE lah. Suddenly perut berbunyi. Kay jujur ibu tak masak hari ni. Ibu pesan cemni..

"Ibu tak sempat ni, nak hantar adik lagi, ibu ada seminar. Jaga diri, masak lah apa2 yang patut. Adik kan pandai masak."


Hmm yela, adik kan pandai masak...........Bertungkus lumus aku kemas rumah sapu sampah sidai kain mop lantai semua....






 LOL, lepas siap semua kerja, aku pun bukak fridge, bongkar apa yang patut. Aku jumpa...Ikan. ikan kapak, ikan pari, ikan segala macam ikan. Tak ada ayam? Hmm nampaknya memang tak ada pilihan.
Ikan kapak jadi mangsa aku hari ni.

Terketar-ketar tangan aku nak siang ikan. Jujur memang aku TAK RETI siang ikan. Bagi lah aku buat apa pun asalkan bukan siang ikan. Tolonglah memang aku tak berani nak sentuh ikan. Kalau tolong masak boleh asalkan bukan suruh siang.

Memang tak ada pilihan lain selain buat jugak. Aku siap amik glove sarung kat tangan. Apron tu mmg pakaian wajib aku kat dapur. Mengada kan nak pakai glove segala bagai. Eii, macam apa je. Tapi itu je yang aku terfikir nak buat. Aku ni nak siang ikan? Tak pernah terbayang.. aku, ikan, dan pisau? pft. Maybe bagi korang "Hek eleh, siang ikan je kot." tapi bagi aku.."Weh, siang ikan? Nooo!" Dah hakikat aku ni takut nak siang ikan. Nak buat acane. Kelemahan masing masing lah bro. Tapi sampai bila aku nak mcm ni kan. One day nanti kena jugak masak untuk husband tersayang. Ceh

Okay back to the main story, tum tam tum tam.. siap lah ikan tu aku kerjakan. Masakan simple je aku buat. Ikan masak cili padi. Tak tahu kenapa tapi aku memang teringin nak makan. Aip, bukan ngidam lah xP
Siap je masak, aku hidang kat meja. Aku pun dah semangat nak makan. Tapi baru 3 suap nasi aku telan dah tak ada selera. Haa kenapa? Oh sebab tekak aku tak boleh nak terima ikan tu lepas apa yang aku dah buat kat dia (I mean aku dah siang dia, cincang dia dan bla bla bla..)  duhh, terbayang-bayang isi ikan yang berlendir hanyir semua tu.




Tak lama lepastu ibu balik. Ibu macam biasa, try lah masakan anak dia ni. Komen ibu..

"Sedap, pandai pun masak. Tapi kenapa macam pelik sikit bentuk ikan ni?"

Hihi, aku sengeh je. Isi dalamnya semua aku dah buang. Tapi rupanya jangan katalah. Hodoh bebenor. whatever, asalkan sedap. Ibu siap offer lagi nak makan lagi ke tak sebab kalau tak nak ibu nak habiskan. Memang kepala aku geleng selaju 120km/j .mwahaha. Siap buat isyarat tangan dengan lagak polis..








NOTE : Even aku takut, aku cuba. Tolong appreciate sikit usaha ni. Tapi macam kelakar siang ikan pakai glove. Haha aku peduli apa. Janji masakan aku tu licin bersih dan habis dikerjakan...muehihi

4 comments:

  1. Jom apply kerja kosong sini

    http://jawatan-kosongkerajaanswasta.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Ya ke ni pandai masak? Cuba sikit boleh? =P

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  3. okaylah gitu. ee ni bukan siang kan je tak reti. sayur pun ketaq jugak. hahaha. senang cite memang teruk lah bab dapur ni T___T

    ReplyDelete
  4. Huhuhu... Dah macam sis je dulu2 ... benda yang paling rimas nak buat ialah siang ikan... Lagik2 nak siang ikan keli... Huhuhu... bangga dengan adik, Gigih dan rajin berusaha ... :D

    ReplyDelete