Student Life : Study

Hai Assalamualaikum!


Hollaaaa. Here's another update from me before a week off.


Ada tak yang mengalami masalah pembelajaran? I mean, like susah nak hadam topics yang guru/pensyarah dah pernah terangkan? If yes, phewwww same here! 😜

I once asked my friend macam mana dia study, macam mana dia boleh score exam sampai result maintain gempak, ni wa tak tipu. Kalau tak, wa tak tanya dia. Nak tau pointer dia? Try cari orangnya 😏. Penilaian secara kasar eh, dia normal je like others, like me, yang jenis suka main-main, berjalan tak ingat dunia semua lah. Pendek kata, bukan jenis ulat buku. Then, secara tak sengaja I asked him..Bruhh nasib baik dia tak kata wa buang tebiat tetiba tanya soalan luar biasa.


Cara belajar .

He said, setiap malam dia belajar. Bukan belajar over gila okay? Dia just revise semula apa yang dia belajar dalam kelas. Recall lah maksudnya. Ini sangat membantu sebenarnya. Tak ingat banyak, ingat sikit-sikit pun okay. Just recall okay? But I'm so lazyyzZZZ, sometimes. uhuks

Next, jangan study last minutes. Seriously kalau rasa nak cover semua topik dengan jayanya, jangan pernah study last minit gais. Memang lah sekarang berlagak keluar statement students power boleh cover semua topik within a night bla bla bla. Tapi rabak jugak lah bro nak hadap notes yang bapak banyak.*talked based on experience* kuikui. Having this kind of habit? Ohoo you're not alone! Seppp sikit! wehuuu 😉


He prefers to study alone. Grouping and partner also okay. Cuma lebih selesa secara sendiri. Kalau ada yang tak faham baru refer kawan-kawan/pensyarah. Uhuu tak dinafikan, ada banyak kebaikan study by group ni. Tapi kadang-kadang ada je percanggahan pendapat/mazhab and whatsoever. Tapi digalakkan study secara berkumpulan untuk lebih faham. Ini semua depends on you guys. Rajin-rajin share ilmu kalau dah master sesuatu topik. Awak share tu bukan awak free free je improve pengetahuan kawan-kawan awak tu, but also improve yours too. Senang cerita, we complete each others lah okay 😆

*Saya suka belajar sendiri* ihiks



Apa yang dia buat sewaktu hampir dengan tarikh exam ?

Tak study. I repeat, tak study....sangat.
But he did study by chapters....earlier, follow up satu satu, mark any important point (keyword), make short notes (teori)..Oh btw, you can elaborate points penting using keyword yang awak sendiri dah highlight.



Cara handle masalah dalam perkahwinan persahabatan sewaktu hampir dengan peperiksaan .

Okay part ni nasib baik dia mengaku dia sendiri mengalami masalah dalam persahabatan. Eceh tipu nauu kalau kata takdeee. Tapi yang ni dia just go through, tak detail. The most important thing is, do apologize tak kira salah siapa pun. Just apologize. Come on lah, ego tinggi melangit nak bawak kemana wak? Orang yang memaafkan orang lain ni lagi murni hatinya. RESPECT! Apapun, keep reminding yourself...kita berjaya pun berkat kawan-kawan kita juga. Berkat doa mereka. Kita baik dengan orang, orang pun baik dengan kita. Er tak semua, but I believe those words. Eheh .


Oh ya lagi satu, bila kita semangat nak study, kemain orang soksek soksek kat belakang kita. Bajet rajin lah, konon pandai sangat lah, budak rajin tak campur orang and bla bla blaaaa (apalagi yang manusia ni dengki ni). But he said, tak payah amik tahu pasal orang sekeliling nak kata apa pasal kita, just be yourself jer kalau dah memang tak boleh nak group ke apa tak ada manfaat pun. Chill, kita buat baik dengan org lain, inshaaAllah akan di balas dengan baik and you just have to stay positive.


Jenis suka revise balik tak apa yang dah study sebelum betul betul masuk dewan ?  

NOPE! He's not. Dia macam ni tau, kalau dah study betul betul dan faham apa yang kita dah belajar inshaaAllah akan dapat masuk otak. Sebelum masuk dewan peperiksaan, jangan buka apa apa notes. Just tawakal, redha, yakin, tapi jangan overconfident dan banyakkan selawat before masuk dewan.


Aci tak kalau nak suruh baca conversation bawah ni. Penat der menaip! 


😂😂😂😂😂




Uhuh there are lots to be shared. But I think I can't make it since entry ni berjela panjangnya. Thankyou duk pulun habiskan bacaan awak! eheee.



Thankyou Fariz for 'Boosting Study Tips' .
Nak harapkan wa, memang jenuh lah fikir apa tips nak share. Selama ni main redah je takdak tips apapun. But still alhamdulillah, pointer terjaga huhu. Pasni boleh lah ubah cara belajar 🙊



Nak share tips study awak? Saya alu-alukannn!
Sharing is caring kan? 😉





p/s : Do mention me dekat tagboard untuk blogger yang join segmen bloglist sebelum ni tapi tak tersenarai dalam fixed bloglist saya. Saya takut terlepas pandang 😊


Till then, have a nice day ahead!
Regards,
Adda.















               

Comments

  1. I'm the type yg study last minit, walaupun tiap sem berazam, nak buat notes awal2.. =="
    But I had to agree with him.. Avoid discussions last minit and oh well, I don't do study groups.. XD But pasal apologize tu, my drama every sem, mesti few days before exam.. =="

    ReplyDelete
    Replies
    1. same hereee! prefer study sendiri dan suka study last minit. hehe. drama dengan kawan is a must! confirm ada! hahah you are right, biasa sebelum exam duk pakat mintak maaf. tenang sikit ;)

      Delete
  2. Esok nak exam. Tapi hari ni baru bukak note. Hahahaha. Hmm malas jugak la nak study. Sebab banyak assignment dengan report nak kena send during study week ni. Hewhewhew. Tapi betul la apa kawan adda bagi tahu tu.

    Tips untuk malas study masa study week adalah, focus during lecture. Lepas tu time quiz dengan test uji kefahaman kita. Elak dari meniru sebab dari situ kita nampak kita faham atau tak. Balik buat balik soalan tu and jumpa pensyarah atau tanya kawan untuk penerangan.

    Then masa study week just revised a little bit. Hihihi.

    by the way, Allah yuftah alaikum my dear. Moga Allah tenangkan hati adda sepanjang menjawab peperiksaan, dikuatkan daya ingatan, dipermudahkan segala urusan.

    love you and miss you. InsyaAllah habis final baru nak start taip balik. hiks :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. mizaaaaa heee thankyouuuu!! terharu sangat. you too! semoga dipermudahkan segala urusan! cepat2 update blog! rinduuu . loveyou ;)

      Delete
  3. i jenis yang memang kalau awal-awal takleh study/focus. kalau study jugak memang susah nak masuk.
    biasanya akan tidur sepanjang hari (mohon jangan tiru) HAHAHA, lepas tu malam tu memang pulun habis study.
    good luck Addang sayang, semoga semua dipermudahkan. cepat-cepat jadi cikgu nanti ajar anak i hahahha

    ReplyDelete
  4. salam singgah dan follow. jom join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

    ReplyDelete
  5. salam singgah dan follow. jom join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

    ReplyDelete
  6. thank you for the tips

    lain orang, lain gaya belajarnya...perlu dikesan dengan awal, kalau xnak merana hehe

    ReplyDelete
  7. Saya dulu silap sebab study lebih. Itu yg score. Terperanjat saya.

    ReplyDelete
  8. followed! waitin for ur new entry

    tip akak senang je fokus ms lec mengajar then study dgn relex..

    p/s: most of akak time > 80% byk tgk drama/muvie/show aje taw..tp bila kita study dengan minda yg relax alhamdulillah mudah melekat.. gud luck to u dear!

    ReplyDelete
  9. As we take time to study especially in difficult subject, we learn to persevere and gain a reward at the end of such learning!

    http://incredibleinterest.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts