Friday, 15 July 2016

Tops 4 Muslimah Wear Ketika Hari Raya




Hai Assalamualaikum.


Oleh kerana sekarang ini kita masih dalam mood raya, jadi topik kali ini saya akan sentuh berkaitan dengan Hari Raya. Sebelum itu, sambutan Hari Raya anda bagaimana? Lebih meriah daripada tahun-tahun sebelum ini? Atau sebaliknya?

Bagi mereka yang beraya di rumah sendiri  seperti saya dan keluarga, sambutan Hari Raya tidaklah semeriah seperti sambutan di kampung. Tiada homemade dodol dan tiada lemang yang dibakar di kawasan rumah tetapi, apa yang menarik perhatian kami adalah kami disajikan dengan fesyen baju raya moden yang cukup trendi digayakan oleh saudara mara dan sahabat handai di pagi Syawal.

Antara baju yang boleh dikategorikan sebagai top 4 Muslimah wear atau fesyen baju raya yang menjadi pilihan ramai ketika sambutan Hari Raya yang lalu ialah ;








Baju Kurung Moden
Seperti tahun-tahun sebelum ini, tahun 2016 membawakan lebih banyak koleksi baju kurung moden yang unik dan glamour. Antara koleksi baju kurung yang menjadi highlight pada tahun ini adalah koleksi baju raya keluaran Rizalman dan Fiziwoo.










Kaftan
Selain koleksi baju kurung moden, alternatif kedua yang paling popular dikalangan ramai wanita pula adalah koleksi kaftan seperti berikut.








Muslimah Tops & Skirts
Untuk penampilan raya kontemporari yang sempurna pula adalah kombinasi muslimah tops dan skirts. Terdapat aneka rekaan tops Muslimah yang trendi seperti peplum tops, crop tops, lace tops dan banyak lagi.







Muslimah Dress

Dan pilihan favourite yang ke-4 pula adalah koleksi Muslimah dress atau juga dikenali sebagai maxi dress seperti berikut. 




Jadi,
fesyen baju raya mana yang menjadi pilihan awak? Kalau saya, saya pilih semua ;D









Regards,
Adda.

2 comments: