hitam berubah menjadi putih

Hai Assalamualaikum,


Awak tau tak awak sebenarnya perlukan kawan untuk melengkapi hidup awak. Bukan satu, bukan dua tetapi kalau boleh sampai tak terkira. kira tahap infiniti eh :P  Alhamdulillah since saya belajar di IPG JB, jumlah kawan saya semakin bertambah. cewah




"Your friends are a reflection of yourself. Who your friends are is indicitive of who you are or who you’ll become if you continue to be with them.” - A Quote By Abdulbary Yahya 




"Sungguh aku harap mereka gapai tangan ini bila aku menjauh. Sungguh aku harap mereka sambut tangan ini bila aku hampir jatuh dan sungguh aku mahu ikatan persahabatan ini kekal hingga Jannah Mu".



"The best way to keep your friends
is not to give them away."

- Wilson Mizner



Bila kawan menjauh tolong jangan benci dia, jangan abaikan dia, jangan biarkan dia. Sebaliknya kita tarik dia, dekati dia dan bimbing dia. Nak ke kita biarkan mereka terus hanyut malah kita dampingi mereka yang sudah sedia istiqamah amalannya? Satu lagi pesanan, elakkan judge dia sesuka hati tanpa ada bukti. tau tak bila kita buat macam itu kesannya boleh jadi lebih buruk. Jadi tolong, dekati mereka yang menjauh. Sama-sama kita perbaiki diri yang kurang dari pelbagai segi. InsyaAllah


"Sahabat yang baik adalah sahabat yang
berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan
sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa."













InsyaAllah sama-sama lah kita tukarkan hati yang sedia gelap, hitam lagi kotor ini menjadi putih, bersih dan suci :D

2 comments:

  1. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang boleh membimbing diri :)

    ReplyDelete