Jangan bersedih. Jadilah wanita yang paling bahagia...


"ALLAH TIDAK MEMBEBANKAN PADA SESEORANG, MELAINKAN SESUAI DENGAN BATAS KESANGGUPANNYA"


Bersabarlah kerana sesungguhnya Allah akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan.
Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap dengan segera.


          Seorang pakar psikologi berbangsa Amerika (Dr. Dicks) mengatakan: "Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah, iaitu:

1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana seseungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk serta merugikan.

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali perkara yang sudah berlalu, dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda juga atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.

9. Membantu orang lain dalam memperoleh kebahagiaan agar kita turut terkena tempias harum nya kebahagiaan darinya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.






"Nikmatilah harimu dan bersungguh-sungguh dalam mencari sesuatu yang dapat mencerahkan penderitaan sebelum penderitaan itu datang menyerangmu"

Sumber : Dr. 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni




NOTE : Tiada alasan untuk menidakkan kebahagiaan. Sedahsyat-dahsyat PENDERITAAN, Allah susuli dengan KEBAIKAN. ALLAHHU....

Comments

  1. kebahagiaan itu ada :) kita je yang selalu menidakkannya =_=" kenapa? sebab banyak sangat mengeluh dan merungut sampai kita tak tahu nak bersyukur. Tanpa 'syukur', bahagia pun kita tak rasa bahagia. Eh, berjela pulak membebel. hehe :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts